KARANGAN KEPERIHALAN
Tajuk: Pengalaman Menyertai Kem Motivasi
Soalan: Pada musim cuti sekolah yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.
Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya bersama kawan-kawan sedarjah telah menyertai sebuah Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dn Kaunseling. Seramai 50 orang pelajar, iaitu Tingkatan satu sehingga Tingkatan lima, yang menyertainya. Kem motivasi tersebut telah dijalankan selama 3 hari dan 2 malam, bermula pada hari Jumaat. Lokasi Kem Motivasi Diri telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang, Merlimau, Melaka.
Pada hari pertama, saya dan kawan-kawan saya tidak sabar untuk memulakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan oleh penganjur. Kami telah menaiki bas yang disewa oleh sekolah. Kami memulakan perjalanan ke desinasi tersebut pada pukul 9 pagi. Masa yang telah diambil ialah dua jam setengah. Apabila kami sampai di Kem Motivasi Lanchang, kami terus memasang khemah di tapak yang telah disediakan. Selepas itu, kami berhimpun untuk mendengar taklimat daripada guru penasihat kami, Puan Rashida, tentang aktiviti-aktiviti yang kami akan sertai sepanjang program dijalankan. Puan Roshida juga berkata yang dia berharap kami, sebagai seorang remaja, dapat membina jati diri dan saling bekerjasama antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Apabila malam menjelang, kami diarah untuk ke Dewan Kem Motivasi Lanchang untuk mendengar ceramah yang bertajuk “Remaja Kini” dan “Cabaran”. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh pensyarah yang tersohor di seluruh negara Malaysia iaitu Dr. Fadley. Beliau datang dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga memberi semangat-semangat serta mengajak kami untuk berfikir secara luas dan positif. Semasa beliau sedang memberi ceramah, ada kalanya beliau juga bergurau-senda dengan kami supaya kami tidak rasa bosan. Beliau seorang yang sangat mesra dengan kami. Di samping itu, terdapat pelbagai permainan mental yang menarik perhatian kami. Kami berasa sangat seronok dan dapat berkawan dengan peserta-peserta lain. Saya, terutamanya peserta tingkatan lima, teruja akan motivasi-motivasi beliau dan ada juga yang memberi respon.
Keseluruhannya, hari pertama adalah hari yang paling seronok bagi saya. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan juga menarik. Pada hari yang seterusnya, acara yang diadakan adalah acara untuk membina ketahanan dan ketabahan diri kami. Aktiviti tersebut ialah merentas hutan dan mendaki bukit. Saya berasa tidak sabar untuk menyertainya kerana saya suka aktiviti yang mencabar fizikal dan mental saya. Sebelum aktiviti dijalankan, kami dibahagi kepada 10 kumpulan. Saya berada di kumpulan 8. Selepas itu, kami dberi peta dan sebuah kompas. Seterusnya, kami diberi tunjuk ajar oleh ranjer hutan untuk menggunakan peta dan kompas. Ranjer hutan juga memberitahu bahawa setiap kumpulan ditugaskan untuk mencatat nama tumbuh-tumbuhan, unggas dan sungai. Semua peserta mendengar arahan ranjer hutan dengan teliti. Akhirnya, kami dibenarkan untuk memulakan aktiviti. Peserta-peserta melakukan aktiviti tersebut dengan bersungguh-sungguh. Setelah satu jam setengah berlalu, kami sudah selesai mencatat semua benda yang kami diarahkan. Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya tetapi kumpulan kami tidak berpeluang untuk merebut tempat pertama. Walaupun kumpulan kami tidak memenangi apa-apa hadiah tetapi kami berpeluang untuk mengecapi keseronokan yang tidak terkata. Di samping itu, terdapat peserta yang mengalami kecedaraan ringan semasa mendaki bukit akibat terjatuh.
Pada sebelah malam pula, terdapat sebuah persembahan yang istimewa untuk kami lakukan. Dalam kumpulan yang sama, setiap kumpulan ditugaskan untuk melakukan sebuah persembahan bertemakan Kebudayaan. Kami diberi masa selama setengah jam untuk praktis langkah-langkah persembahan.Ramai kumpulan yang mempersembahkan persembahan umum seperti Dondang Sayang, Boriam Dikir Barat dan ramai lagi. Tiba masanya untuk kumpulan kami mempersembahkan persembahan kami. Persembahan kami adalah lain daripada yang lain. Kumpulan kami mempersembahkan persembahan pencak silat . Setelah kami habis mempersembahkannya, kami diberi tepukan gemuruh oleh penonton-penonton. Ahli kumpulan saya terasa haru sangat kerana mendapat sambutan yang hangat sekali. Tiba masanya untuk mengumumkan keputusan. Akhirnya, kumpulan kami yang dapat merebut tempat pertama. Pihak penganjur telah menghadiahi setiap ahli kumpulan saya sebuah hamper kecil. Kami berasa sangat gembira kerana dapat memenangi pertandingan persembahan tersebut.
Hari yang ketiga telah menjelang. Kami perlu pulang ke Kuala Lumpur sebab hari tersebut adalah hari yang terakhir untuk kami berada di kem motivas. Pada waktu 9 pagi, kami ke kantin untuk bersarapan. Pelbagai jenis makanan lazat telah dihidangkan. Setelah selesai sarapan, kami pulang ke khemah masing-masing dan mula untuk mengemas beg dan peralatan peribadi kami. Selepas itu, guru pengiring menyuruh kami untuk berkumpul di pintu depan dan mengucapkan terima kasih kepada pemilik Kem Motivasi Lanchang serta Pengerusi Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling. Kami dibenarkan pulang. Semua peserta berbaris dan menaiki bas sewa. Saya berasa sungguh gembira kerana mendapat kenalan baru, membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta berfikiran positif walaupun masa yang kami luangkan adalah singkat. Cuti sekolah tersebut adalah cuti sekolah yang paling seronok pernah saya lalui.

Terbaik
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDeleteSAYA GUNA KARANGAN UNTUK SEKOLAH SAYA. TERBAIK.CUMA ADA KESALAHAN EJAAN
ReplyDelete