KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Tajuk: Tempat-Tempat Untuk Dilawati Di Selanor
Soalan: Anda mahu rakan anda datang ke Selangor untuk bercuti. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk meyakinkan dia bercuti di sana.
5-12-3A, Puncak Seri
Kelana Condo, Jln PJU
1A/46, 47200, Petaling
Jaya, Selangor.
8 Ogos 2003.
Menemui saudara Kevin yang berada di Kangar, Perlis dengan selamatnya.
Saudara,
Terima kasih atas kiriman surat saudara yang bertarikh 14 Julai 2003. Apa khabar? Semoga saudara sihat sejahtera dan bahagia disaming keluarga yang tersayang.
Saya amat berbesar hati kerana saudara masih ingat akan saya lagi. Saya dan keluarga sihat-sihat sahaja. Kadang-kala saya terkenang juga akan Kangar. Rasanya rindu dan terharu. Maklumlah, saya pernah tinggal di Kangar.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tempat-tempat yang patut saudara lawati di negeri Selangor. Antara tempat percutian ialah Pulau Ketam. Pulau ini terkenal dengan perikanan. Sekiranya saudara gemar makan makanan laut segar, maka pulau ini adalah tempat yang sesuai untuk dilawati. Di samping menikmati hidangan yang lazat, saudara juga dpat berpeluang untuk belajar menangkap hasil lautan daripada para nelayan yang mahir.
Selain itu, Sunway Lagoon adalah salah satu tempat percutian yang menyeronokkan dan digemari oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Lokasi tempat ini adalah di Subang Jaya serta merupakan sebuah taman tema yang besar dan mempunyai pelbagai jenis permainan taman tema air yang saudara boleh sertai. Contoh jenis permainan ialah ‘Extreme Park’, ‘Surf Beach’, ‘The Nickelodeon Last Lagoon’, dan lain-lain.
Saudara,
Saya rasa setakat ini sahaja yang saya dapat nyatakan dalam warkah saya kali ini. Saya berasa tidak sabar untuk kedatangan saudara, jika saudara ingin melawat negeri Selangor. Saya akan menunggu warkah saudara yang seterusnya. Hingga di sini sahaja saya dapat tulis. Sambutlah salam takzim untuk saudara dan keluarga.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
(Luna Karin)

No comments:
Post a Comment